Demografi Tanjung Verde

Kebanyakan penduduk Tanjung Verde ialah mestiços yang berketurunan daripada abdi Afrika dengan peneroka orang putih Portugis. Leluhur Eropahnya juga termasuk:

Yang lain termasuk terutamanya orang kulit hitam Afrika atau orang Eropah (kebanyakan orang Portugis meninggalkan Tanjung Verde selepas kemerdekaan). Banyak orang asing dari kawasan-kawasan yang lain di dunia menetap di Tanjung Verde sebagai negara tetap mereka. Kebanyakannya merupakan peneroka Arab dan Yahudi dari Lebanon dan Maghribi, serta peneroka Belanda, Perancis, British (Inggeris), Cina (khususnya dari Macau), Amerika Syarikat, dan Brazil (termasuk keturunan Portugis dan Afrika). Kesemuanya telah diserap ke dalam masyarakat mestiço.

Lebih banyak anak negeri Tanjung Verde tinggal di luar negeri, berbanding dengan mereka yang tinggal di Tanjung Verde, dengan sebilangan komuniti penghijrah Tanjung Verde yang besar di Amerika Syarikat (500,000 orang), Portugal (80,000 orang), dan Angola (45,000 orang). Terdapat juga sebilangan besar anak negeri Tanjung Verde di São Tomé dan Príncipe, Senegal, Perancis, Brazil, dan Belanda. Anak-anak negeri Tanjung Verde juga menetap di Sepanyol, Jerman, dan Komuniti Negara Yang Bertuturan Bahasa Portugis (Brazil dan Guinea-Bissau).